<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6941174541788993620?origin\x3dhttps://aisyahinthewonderland.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


I'm Aisyah Aqiilah.
I love dreaming.

Friday, 16 December 2016, 11:23
The power of sadaqah

Pada satu malam, Alysa berasa sangat gundah gulana dan risau kerana kebanyakan barangnya telah hilang di asrama .  Antaranya ialah novel rakannya yang dia pinjam yang bertajuk When I Was A Kid yang kosnya menghampiri puluhan ringgit mungkin . Bukan itu sahaja , buku latihan Jepunnya juga hilang . Malam itu , dia sukar untuk melelapkan mata . Namun setelah membaca doa tidur dan beberapa kali selawat , akhirnya berjaya juga dilelapkan matanya .

Keesokan harinya , Alysa bangun awal pagi dan bersiap untuk ke surau untuk menunaikan solat fardu Subuh . Pagi itu, Alysa tergerak untuk membawa dua keping duit syiling bernilai 50 sen untuk menelefon emaknya . Sesudah dia mencuba untuk menelefon mamanya itu , dia pun meletakkan gagang dan terus menuju ke surau bersama beberapa orang rakannya yang lain .

Alysa sampai awal di surau pada pagi itu bersama rakan-rakannya . Hari ini , Alysa tidak mengikut rutin biasa iaitu selepas tiba di surau terus melaksanakan solat Subuh , tetapi dia berniat untuk bersedekah dengan duit syiling 50 sen tadi ke tabung surau . "Kleting!" bunyi duit syiling itu jatuh menandakan perut tabung itu tidaklah banyak isinya memandangkan ia diperbuat daripada besi dan apabila bersentuhan dengan syiling pasti berbunyi begitu .

Selepas itu , seperti biasa sementara menunggu imam dan makmum lain , Alysa menunaikan solat sunat sebelum Subuh yang mana orang yang melakukannya ialah orang yang paling kaya di dunia , kemudiannya membaca Al Mathurat dan Al Quran . Sudah dididik daripada rumah , setiap pagi dia perlu membaca Al Quran sekurang-kurangnya satu mukasurat . Kata ayahnya pula , Al Mathurat perlu dibaca pagi dan petang, sebagai pelindung diri .


Usai dia solat , dia pun pulang ke dormnya bersama rakan-rakannya yang lain . Pagi itu merupakan pagi Jumaat , hari inspection dijalankan , jadi Alysa dan rakan-rakannya perlu mengemas dorm . Alysa kemudiannya pergi menolong rakan sedorm dengannya untuk mengemas bahagian beg . Alangkah bersyukurnya dia , apabila dia terjumpa sebuah beg , ya beg dia yang dia terlupa dia ada terletak di situ , di dalamnya ada novel rakannya , buku latihan Jepunnya dan bermacam-macam lagi barangnya . Alysa tidak putus-putus mengucapkan Alhamdulillah ,tanda syukur pada Ilahi .


Nampak tak ? Tak besar pun nilai yang dia sedekahkan , asalkan dengan niat yang betul , ikhlas kerana Allah Ta'ala , in shaa Allah , Allah bantu . Jangan lupa usaha , kemudian baru doa dan tawakal ya ^__________________^






thank you

chapters
with love