Assalamualaikum
, hai semuaaa <3
Harini Aisyah nak cakap pasal Solat Sunat Tasbih . Hm , kalau korang nak tau , solat sunat tasbih ni kalau boleh kita lakukan sekali seumur hidup .Lagi bagus kalau dapat buat setiap hari . Lagi-lagi kita masih muda sekarang ni kan ? Jomlah rebut peluang solat sunat tasbih . :)
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“ ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada Abbas Ibn Abdul Muttalib, maksudnya:-
“Wahai Abbas, wahai bapa saudaraku!
Mahukah aku berikan kepada kamu sesuatu?
Mahukah aku berikan sesuatu yang kamu boleh mengambil manfaat daripadanya?
Mahukah aku khabarkan kepadamu sesuatu?
Mahukah aku lakukan kepadamu 10 perkara yang apabila kamu lakukan perkara itu Allah akan ampunkan dosa-dosa kamu?
Dosa-dosa yang terdahulu mahupun dosa yang terkemudian; dosa yang lama mahupun dosa yang baru; dosa-dosa yang dilakukan tanpa sedar mahupun yang dilakukan dengan sengaja; dosa kecil mahupun yang besar; dosa yang tersembunyi mahupun dosa yang nyata; iaitu (hendaklah) engkau dirikan solat sebanyak empat rakaat. credit
Okay , so nampak seronokkan nak lakukan solat sunat tasbih ni ?
Jom tengok cara lakukannya pula !
♡ CARA MELAKUKAN SOLAT SUNAT TASBIH 💚
1. Niat solat sunat tasbih
Niat solat sunat tasbih dua rakaat :
Sahaja aku solat sunat tasbih dua raka'at kerana Allah Ta'ala
Niat solat sunat tasbih empat rakaat :
Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala
2. Bacaan doa iftitah , al fatihah dan kemudian surah .
Antara surah yang dianjurkan ialah :
Rakaat 1 : Surah Attakasur atau Surah Ad dhuha
& 
Rakaat 2 : Surah Al ashr atau Al Insyirah
Rakaat 3 : Surah Al kafiruun atau Surah Al Kauthar
Rakaat 4: Surah Al Ikhlas atau Surah An Nas
3. Bacaan Tasbihnya ialah:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar; Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
.
Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.
4. Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.
.
.
5. Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
- Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
- Rukuk – 10 kali tasbih
- Iktidal – 10 kali tasbih
- Sujud pertama – 10 kali tasbih
- Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
- Sujud kedua – 10 kali tasbih
- Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.
- Sebelum memberi salam (rakaat terakhir ) - 10 kali tasbih
.
.
6. Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.
.
.
7. Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.
.
.
8. Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.
Doa Solat Sunat Tasbih
Jadi lepasni dapatlah kita sama-sama tunaikan solat sunat tasbih ini ya ^___________________^
90% post ini diambil dari
sini . Terima kasih .