<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6941174541788993620?origin\x3dhttps://aisyahinthewonderland.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


I'm Aisyah Aqiilah.
I love dreaming.

Friday, 16 December 2016, 11:23
The power of sadaqah

Pada satu malam, Alysa berasa sangat gundah gulana dan risau kerana kebanyakan barangnya telah hilang di asrama .  Antaranya ialah novel rakannya yang dia pinjam yang bertajuk When I Was A Kid yang kosnya menghampiri puluhan ringgit mungkin . Bukan itu sahaja , buku latihan Jepunnya juga hilang . Malam itu , dia sukar untuk melelapkan mata . Namun setelah membaca doa tidur dan beberapa kali selawat , akhirnya berjaya juga dilelapkan matanya .

Keesokan harinya , Alysa bangun awal pagi dan bersiap untuk ke surau untuk menunaikan solat fardu Subuh . Pagi itu, Alysa tergerak untuk membawa dua keping duit syiling bernilai 50 sen untuk menelefon emaknya . Sesudah dia mencuba untuk menelefon mamanya itu , dia pun meletakkan gagang dan terus menuju ke surau bersama beberapa orang rakannya yang lain .

Alysa sampai awal di surau pada pagi itu bersama rakan-rakannya . Hari ini , Alysa tidak mengikut rutin biasa iaitu selepas tiba di surau terus melaksanakan solat Subuh , tetapi dia berniat untuk bersedekah dengan duit syiling 50 sen tadi ke tabung surau . "Kleting!" bunyi duit syiling itu jatuh menandakan perut tabung itu tidaklah banyak isinya memandangkan ia diperbuat daripada besi dan apabila bersentuhan dengan syiling pasti berbunyi begitu .

Selepas itu , seperti biasa sementara menunggu imam dan makmum lain , Alysa menunaikan solat sunat sebelum Subuh yang mana orang yang melakukannya ialah orang yang paling kaya di dunia , kemudiannya membaca Al Mathurat dan Al Quran . Sudah dididik daripada rumah , setiap pagi dia perlu membaca Al Quran sekurang-kurangnya satu mukasurat . Kata ayahnya pula , Al Mathurat perlu dibaca pagi dan petang, sebagai pelindung diri .


Usai dia solat , dia pun pulang ke dormnya bersama rakan-rakannya yang lain . Pagi itu merupakan pagi Jumaat , hari inspection dijalankan , jadi Alysa dan rakan-rakannya perlu mengemas dorm . Alysa kemudiannya pergi menolong rakan sedorm dengannya untuk mengemas bahagian beg . Alangkah bersyukurnya dia , apabila dia terjumpa sebuah beg , ya beg dia yang dia terlupa dia ada terletak di situ , di dalamnya ada novel rakannya , buku latihan Jepunnya dan bermacam-macam lagi barangnya . Alysa tidak putus-putus mengucapkan Alhamdulillah ,tanda syukur pada Ilahi .


Nampak tak ? Tak besar pun nilai yang dia sedekahkan , asalkan dengan niat yang betul , ikhlas kerana Allah Ta'ala , in shaa Allah , Allah bantu . Jangan lupa usaha , kemudian baru doa dan tawakal ya ^__________________^





, 11:02
Solat Sunat Tasbih

Assalamualaikum , hai semuaaa <3

Harini Aisyah nak cakap pasal Solat Sunat Tasbih . Hm , kalau korang nak tau , solat sunat tasbih ni kalau boleh kita lakukan sekali seumur hidup .Lagi bagus kalau dapat buat setiap hari .  Lagi-lagi kita masih muda sekarang ni kan ? Jomlah rebut peluang solat sunat tasbih . :)


Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada Abbas Ibn Abdul Muttalib, maksudnya:-

“Wahai Abbas, wahai bapa saudaraku! 

Mahukah aku berikan kepada kamu sesuatu?

Mahukah aku berikan sesuatu yang kamu boleh mengambil manfaat daripadanya?

Mahukah aku khabarkan kepadamu sesuatu?

Mahukah aku lakukan kepadamu 10 perkara yang apabila kamu lakukan perkara itu Allah akan ampunkan dosa-dosa kamu?

Dosa-dosa yang terdahulu mahupun dosa yang terkemudian; dosa yang lama mahupun dosa yang baru; dosa-dosa yang dilakukan tanpa sedar mahupun yang dilakukan dengan sengaja; dosa kecil mahupun yang besar; dosa yang tersembunyi mahupun dosa yang nyata; iaitu (hendaklah) engkau dirikan solat sebanyak empat rakaatcredit


Okay , so nampak seronokkan nak lakukan solat sunat tasbih ni ?
Jom tengok cara lakukannya pula !

♡ CARA MELAKUKAN SOLAT SUNAT TASBIH 💚

1. Niat solat sunat tasbih

Niat solat sunat tasbih dua rakaat :

      Sahaja aku solat sunat tasbih dua raka'at kerana Allah Ta'ala

Niat solat sunat tasbih empat rakaat :


            Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala

2. Bacaan doa iftitah , al fatihah dan kemudian surah . 

Antara surah yang dianjurkan ialah :
Rakaat 1 : Surah Attakasur atau Surah Ad dhuha

Related image & Related image


Rakaat 2 : Surah Al ashr atau Al Insyirah


Image result for surah al insyirah
Image result for surah al ashr 




















Rakaat 3 : Surah Al kafiruun atau Surah Al Kauthar

Image result for surah alkafirun 
Image result for surah al kauthar



Rakaat  4: Surah Al Ikhlas atau Surah An Nas

Image result for surah al ikhlas
Related image


3.  Bacaan Tasbihnya ialah:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
.
Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.


4.  Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.
.
.
5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
    • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
    • Rukuk – 10 kali tasbih
    • Iktidal – 10 kali tasbih
    • Sujud pertama – 10 kali tasbih
    • Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
    • Sujud kedua – 10 kali tasbih
    • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.
    • Sebelum memberi salam (rakaat terakhir ) - 10 kali tasbih
.
.
6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.
.
.
7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.
.
.
8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.

Doa Solat Sunat Tasbih


Jadi lepasni dapatlah kita sama-sama tunaikan solat sunat tasbih ini ya ^___________________^


90% post ini diambil dari sini . Terima kasih . 





Thursday, 1 December 2016, 17:43
A little journey

story about me ? haha






thank you

chapters
with love